0

Sah Sebagai Isteri

Posted by Farhana & Farhani Azizan on 2:17 AM
Terpaksa update di blog ni sebab blog dentistsupermuslim saya dah hilang dari laman maya..saya tak tahu lah kenapa...sedih sebab banyak penulisan saya yang tercoret di situ..

Alhamdulillah, tanggal 1 Mac 2014, bersamaan 29 Rabiulakhir 1435 H, saya telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangan , Dr.Mohd Adli Khalim yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Saat-saat manis itu berlangsung di Masjid Behor Pulai, Kangar, Perlis pada jam 10.40 pagi, dalam suasana yang santai, sederhana lagi tenang. Tambah manis apabila kakak sulung (beza 2 tahun dengan saya) dan kembar saya turut diijabkabulkan pada hari yang sama dengan pasangan pilihan mereka, dan yang mengakadnikahkan kami adalah wali kami sendiri iaitu abah, Md.Azizan b.Yahya, alhamdulillah. Nikah di Perlis ni senang saja, tak banyak songeh, alhamdulillah. Seronok berkongsi hari bahagia bersama 2 orang kakak yang sama-sama membesar dengan saya. Saya suka berkongsi resepsi ni, jadi tak adalah semua mata bertumpu pada kita saja. Lagipun, langkah tersebut dapat meringankan beban kedua orang tua kami. Terima kasih abah dan mak atas semua ini, saya tahu berat bagi mereka melepaskan puteri2 mereka namun kerana redha Allah yang dicari, mereka rela melakukannya, bagi orang tua saya- insyaAllah menantu2 mereka ini orang2 terpercaya dan baik-baik. Kami pun dah tak semuda dulu lagi, jadi .. :)

Pernikahan kami tidak ada dulang-dulang hantaran, tidak ada persandingan, tidak ada bilik pengantin atau meja makan beradab. Cuma ada pelamin untuk kawan-kawan bergambar. Malah sebelum bernikah, kami bertunang (berjanji untuk bernikah dengan disaksikan oleh ibu bapa masing-masing) tanpa majlis atau hantaran yang boleh disifatkan sebagai bukan satu keperluan, tidak perlu dihebahkan juga kepada satu dunia. Hantaran pun biasa-biasa saja, berkadaran dengan kami yang tak seberapa ni...

Saya mengenali suami saya sejak hari pertama melangkahkan kaki ke bumi Jakarta untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pergigian di sana. Beliau merupakan salah seorang senior yang menyambut kami, tapi dari universiti yang berlainan. Namun ia bukanlah cinta pandang pertama kerana niat saya pada waktu itu hanya untuk fokus pada pelajaran dan mencari ilmu agama, saya belum ada niat untuk bercinta apalagi mencari calon. Jadi susah untuk saya berkenan dengan sesiapa..dan, siapalah yang nak berkenan dengan saya yang tak seberapa ni...Saya mengakui setelah tahun ke-2 saya di sana dan ada bekerjasama dengan beliau untuk program ta'lim kampus, disertai pula dengan nasihat seorang sahabat, barulah saya mula terfikir lebih serius tentang calon suami. Sebelumnya, saya sentiasa berdoa supaya Allah berikan saya seorang suami yang mempunyai ciri-ciri sekian2 (rahsia), dan semua ciri tersebut ada pada dia, jadi kenapa perlu saya menghindar?. Saya pun dah ter jatuh hati. Untuk berjodoh perlu berusaha. Siapa sangka saya akan berkahwin dengan residen negeri Che Siti Wan Kembang.. saya sangat berterima kasih kepada Allah kerana menemukan saya dengan seorang hambaNya yang hebat dan sangat saya hormati ini..terima kasih juga kepada suami (dan mertua saya) sebab sanggup tunggu saya selesaikan pengajian (atas permintaan ayah saya setelah keluarga bertemu buat kali pertama), saya tahu pengorbanan tersebut sangat besar nilainya, tidak mudah dilalui dan sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya sayang suami saya  <3 .="" p="">
Kisah kembar saya pula....kembar saya kenal dengan suaminya sejak di Tingkatan 1 Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Memang dari Tingkatan 1 ni kembar saya asyik cerita pasal insan yang bernama KA dekat saya, dia syok senyap-senyap dekat KA ni. KA ni  sopan santun, budak baik, sebab tu kembar saya minat. Tapi mereka tak bercinta apalagi ber dating berdua. Saat2 sedih apabila kembar saya bertukar sekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Derma sewaktu Tingkatan 4, kerana abah saya mahu dia belajar bersama saya dan lebih fokus belajar, kalau di asrama katanya takut terganggu dengan tugas2 sampingan, walaupun kembar sy dapat perform dengan cemerlang utk PMR 2002. Waktu ni mungkin laa mereka ada contact hantar surat semua sebelum berpisah...mungkin dah suka sama suka...entahla..saya pula memang kenal dengan KA sebab saya bertanding Kuiz Agama negeri Perlis sebagai wakil SMK Derma dan KA sbg wakil SMSTSP. Kemudian, kami mewakili sekolah masing2 untuk Kem PROGRES, di mana saya muncul sebagai peserta terbaik sebab selalu pergi surau awal..keh3x. Kemudian, ditakdirkan Allah, saya melanjutkan pelajaran di peringkat persediaan di INTEC dalam program AUSMAT, KA (suami kembar saya) juga ke INTEC untuk program A Level Education sebelum ke UK. Selama 1.5 tahun di INTEC ni lah, ada juga kadang2 kembar datang melawat saya, ada 2 atau 3 kali kami berjumpa KA. Perjumpaan yang biasa2 saja. Kemudian kembar saya ke NZ untuk melanjutkan pelajaran, KA ke UK, waktu ni mungkin mereka jarang berhubung. Murabbi KA ada contact saya dan kembar saya, saya tanya2 murabbi beliau tentang KA, katanya KA memang meminati kembar saya dan dia jenis setia orangnya. Hmm, selesai je belajar, terus beliau datang berjumpa kedua orang tua saya. Tapi, waktu tu orang tua saya belum ready nak lepaskan anak mereka. Huhu...

Kakak sulung saya....kenal dengan suaminya sewaktu program orientation di UIA. Suaminya seorang yang banyak mulut sampai dia sendiri pun tension :P. Dah lama-lama, suka la..bawa jumpa orang tua suaminya, diorang pun on, barulah jumpa orang tua kami. Akhirnya semua tunggu saya habis study dulu untuk dapatkan greenlight dari abah untuk kahwin. Hmm..apalagi, saya pun stress la..tahap maksimum. Sebab tu ter kurus sikit kot waktu klinik tu. Nak settle kan klinik pun bukannya mudah kan, banyak sangat ujian dan cabarannya yang kita lalui. Alhamdulillah la sekarang settle juga. Terima kasih semua sebab sanggup tunggu :')

Kini bermulalah episod hidup sebagai seorang isteri. Tengah rindu kat suami yang jauh di mata dan tengah bertungkus lumus kerja keras untuk masa depan :) Saya terpaksa stay di Perlis sebentar untuk ujian memandu. Saya tau nak jadi isteri solehah tu tak mudah, ada kebiasaan2 pada diri kita yang perlu diubah, banyak sangat benda baru perlu dipelajari dengan sabar. Besar sangat tanggungjawab, kadang2 saya takut memikirkan diri ni mampukah?...Kena sedar yang sekarang suami tu adalah tuan kita, namun dalam pada waktu yang sama, jangan jadikan suami sbg sumber kebahagiaan utama, ramai yang lupa untuk meletakkan cinta kepada Allah pada darjat yang tertinggi bila dah berkahwin. Ramai juga berpesan kepada saya untuk bertaqwa, kerana taqwa ni lah sebenarnya kunci kebahagiaan. Suami / isteri hanya satu sarana untuk mencapai redha Allah. Doakan saya dan suami saya ye :)





0

Penulis

Posted by Farhana & Farhani Azizan on 3:13 PM

-Setiap apa yang ditulis adalah tanggungjawab penulis kecuali dinyatakan; artikel dibenarkan untuk disebarkan/'copy paste' serta terbuka kepada pembetulan+kritikan-


NAMA: FARHANI BINTI MD AZIZAN

NICKNAME: Hani, Denstistsupermuslim (DSM).

ASAL: KANGAR, PERLIS, MALAYSIA

LAHIR: 26 MAC 1987

E MAIL: zealous_jovial_87@yahoo.com

KELUARGA:

Anak ke-3 daripada 5 orang kepada pasangan Md.Azizan Bin Yahya dan Zainab Binti Samad.

PENDIDIKAN:

- SK SENA (1994-1999)
- SMK DERMA (2000-2004)
- INTEC UiTM, SHAH ALAM (2004-2006)
- FAKULTAS KEDOKTERAN GIGI, UNIVERSITAS PROF DR MESTOPO (B), JAKARTA (2007-sekarang)


p/s: Penuntut ilmu dan muqallid. Sila tegur sekiranya terdapat kesalahan dalam penulisan, lebih-lebih lagi yang berkaitan Al-Quran dan Hadis. Terima kasih.



Copyright © 2009 dentistsupermuslim All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.